Tuesday 11 June 2013

Teknik Asuh Anak Pintar


Salam..Ari  ni nak share sikit cmne teknik-teknik asuhan agar anak pintar..mari kite sama-sama berkongsi ilmu supaya kite boleh mengaplikasikannye kepada anak-anak kite..saya pasti semua ibu bapa inginkan anak yang pintarkan..Jom kite tengok..

1. Ketika hamil banyakkan membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian. Baca lah surah-surah ini terutamanya pada waktu lapang.

2. Pilih nama yang baik untuk anak dan panggil anak dengan nama penuh kerana ia mempunyai kaitan dengan pintu rezekinya.

3.  Anda sendiri dan anak seharusnya membiasakan diri memakan makanan sunnah seperti madu lebah, bijirin, halia, kismis, kurma, susu kambing segar, badam dan banyak lagi.

4. Amalan pemakanan seimbang penting bagi membantu tumbesaran anak. Jadi dedahkan dia dengan makanan berkhasiat sejak dari kecil.

5. Selain menjaga pemakanan sihat, amalkan cara hidup cergas dengan bersukan.  Apabila badan cergas, otak pun cerdas.

6. Praktik teknik posisi semasa belajar yang betul. Belajar secara duduk tegak lebih baik daripada berbaring atau bersandar.

7. Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak sejak bayi lagi. Latih dia mengenal benda-benda di dalam  kad imbasan setiap hari. Namun jangan lebih daripada 15 minit setiap kali.

8. Dedahkan anak dengan cakera padat yang mengandungi program pendidikan.  Biarpun dia leka menonton program yang ditayangkan, sedikit sebanyak ada ilmu yang dapat ditimbanya.

9. Penting untuk anda pastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat dan baik untuk otak mereka. Makanan seperti telur, kekacang, ikan dan banyak lagi baik untuk perkembangan otak mereka.

10. Jadi kreatif ketika mengajar anak-anak anda. Pelbagaikan cara pembelajaran supaya mereka tidak bosan dan fokus dengan apa yang anda ajar.

11. Dedahkan anak-anak dengan muzik. Muzik dikatakan dapat merangsang pertumbuhan otak kanan manusia. Ajarkan mereka bermain piano, gitar dan sebagainya untuk merangsang lagi pertumbuhan otaknya.

12. Jadikan membaca satu rutin anda dan keluarga. Dengan membaca bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan perkembangan kognitif anak, malah ia juga dapat membantu dia dari segi perbendaharaan kata yang baru.

13. Hadkan waktu menonton televisyen dan penggunaan gajet kepada anak-anak supaya mereka tidak terlalu leka dan malas untuk belajar.

14. Sokong  minat anak dengan membenarkan mereka mengikuti aktiviti yang dia sukai. Mengikuti kelas balet misalnya atau masuk kelas tekwando. Badan yang sihat membuatkan otak mereka cerdas.

15. Cegah anak daripada tidur di siang hari kerana ia boleh menyebabkan mereka berasa malas kecuali mereka terlalu penat.  Amalkan waktu tidur yang awal supaya mereka boleh bangun awal dan bertenaga pada keesokan hari.

Itu saja teknik yang dapat saya kongsikan buat tatapan pembaca sekalian..Mudah-mudahan ia amat berguna pada kite semua dalam mendidik anak-anak..insyaallah..Sekian....

No comments:

Post a Comment