Thursday 13 June 2013

Makanan untuk otak

Setiap ibu bapa  tentu mahukan anak-anak mereka membesar sebagai seorang yang bijak dan cergas. Salah satu cara untuk membantu perkembangan otak anak-anak dari kecil adalah melalui makanan yang diambil. Mari kita lihat apakah makanan yang dapat membantu anak-anak menjadi bijak dan sihat.

1. Ikan berminyak

  • Ikan seperti salmon, tuna, sardin dan makeral kaya dengan asid lemak yang dikenali sebagai Omega 3. Ia merupakan komponen lemak penting untuk meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak. Ia sangat bagus untuk minda anak-anak.
2. Sayur-sayuran hijau
  • Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli penuh dengan antioksidan, vitamin c dan beta karotena. Vitamin dan mineral tersebut dapat membantu menjaga kesihatan badan dan otak si kecil anda. Ia juga membantu mempertingkatkan daya ingatan mereka.
3. Telur
  • Telur merupakan makanan yang penuh nutrisi. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam telur sangat penting untuk fungsi otak manusia. Kuning telur khususnya mengandungi Choline yang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.
4. Buah beri
  • Buah-buah beri seperti strawberi, bluberi, ceri mengandungi antioksida yang sangat tinggi. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Buah-buahan  beri juga tinggi serat dan dapat meningkatkan keupayaan belajar dan kemahiran motor kanak-kanak. Jika diambil secara konsisten ia akan dapat memperbaiki daya ingatan kanak-kanak.
5. Kekacang
  • Kekacang mengandungi banyak khasiat yang baik untuk  kanak-kanak. Ia tinggi protein, tinggi fiber dan kaya dengan lemak yang baik. Ia juga mengandungi vitamin E yang penting untuk fungsi kognitif dalam badan. Dengan memakan kekacang ia dapat memberikan tenaga kepada pemikiran manusia.
6. Susu segar
  • Susu sememangnya bagus untuk pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak. Susu segar yang di minum oleh kanak-kanak mengandungi tiga bahan semulajadi iaitu keju, lemak dan air. Bahan-bahan ini penting untuk perkembangan otak dan badan. Kanak-kanak yang minum susu secara konsisten dapat mempertajamkan ingatan dan juga membekalkan tenaga untuk keperluan harian mereka.
7. Oat
  • Oat merupakan bijirin yang baik untuk otak. Oat mengandungi serat, protein dan juga Omega 3 yang baik untuk otak dan membekalkan tenaga untuk si kecil anda sepanjang hari. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat.
8. Coklat
  • Sekeping coklat mampu meningkatkan IQ anda. Coklat hitam kaya dengan flavonoid yang akan meningkatkan kemampuan manusia berfikir. Flavonoid dikatakan dapat menggalakkan pembentukan sel saraf baru pada otak yang meningkatkan kemampuan menyimpan ingatan dan juga meningkatkan aliran darah ke otak.
9. Kubis 
  • Semua jenis kubis baik untuk otak kerana ia merupakan agen anti-penuaan untuk otak manusia.
10. Buah Delima
  • Seperti juga buah-buahan beri, buah delima mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dan baik untuk otak manusia.
Sumber: Shahrina Azlin Abdullah

Setakat ari ni saje perkongsian ilmu pada hari ini..kite sambung lagi 10 makanan lain pada coretan yang berikutnye..Sekian..

No comments:

Post a Comment