Wednesday 19 June 2013

Penyusuan susu ibu eksklusif


Mari kite lihat fakta-fakta yang menarik mengenai penyusuan susu ibu..

  1. Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap ingin menyusu
  2. kuantiti kolostrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Dia hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.
  3. Semakin kerap payu dara dikosongkan, semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi, kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan pengosongan payu dara.
  4. Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payu dara dikosongkan lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam sama ada dengan menyusukan bayi atau memerah payu dara apabila berjauhan darinya.
  5. Bayi berupaya untuk hidup, satu hingga dua hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya.
  6. Digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam  kerana tahap prolaktin  yang tinggi ketika ini dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu.
  7. Selain daripada hormon prolaktin da oksitosin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu feedback inhibitor of lactation (FIL). Apabila payu dara semakin penuh, kelenjar pituari akan merembeskan hormon FIL sebagai petunjuk untuk memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti.
  8. Perlu berhati-hati semasa mencuci payu dara . Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting. Pencucian yang hanya menggunakan air suam adalah lebih baik.
  9. Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Utamakan dia. Hisapan bayi adalah rangsangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Biarkan die menyusu sepuasnya. Selesai menyusukannya, anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payu dara dapat dikosongkan dengan sebaik-baiknya.
  10. Jika bayi cuma gemar menyusu di sebelah payu dara, pam sebelah lagi payu dara. Hal ini bagi memastikan bahagian berkenaan mendapatkan rangsangan yang sama untuk berterusan menghasilkan susu.
  11. Jika stok susu sedikit, amalkan power pumping setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya, anda perlu mengepam 10 minit-rehat 10 minit - pam 10 minit-rehat 10 minit dan pam 10 minit dalam tempoh masa sejam.
  12. Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi perlu minum air minimum tiga hingga empat liter sehari. Sebaik-baiknya air kosong.
  13. Amalkan zikir Ya Matin, 70 kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga bacakan zikir itu dan hembus ke dalam segelas air sebelum diminum.
  14. Sebelum tamat tempoh cuti bersalin, perlu mengajar bayi menyusu susu ibu menggunakan kaedah alternatif selepas usianya 50 hari. tidak boleh menyusukannya sendiri tetapi minta bantuan orang lain seperti ayah atau nenek kepada bayi untuk melakukannya.
Sumber: Shahrina Azlin Abdullah dan Intan Jastina Jamaludin

Rasanya dah banyak info-info dan tips menarik yang boleh dikongsi di dalam kita memberi penyusuan susu ibu dengan jayanya..Insyaallah..apa yang penting niat kita yang ikhlas..kemudian sentiasa bersabar di dalam penyusuan kepada bayi kite..Apa yang penting di sini adalah kita mestilah sentiasa sihat dan ceria, juga sentiasa mempunyai tenaga sepanjang proses penyusuan berlangsung tidak kira sama ada sewaktu pum atau directfeeding..Apabila kita sihat dan bertenaga susu pun akan turut terhasil dengan banyak dan akan mengenyangkan bayi seterusnya bayi tidak akan banyak meragam..Jika sesiapa perlukan suplemen untuk menambah tenaga dan mahukan sentiasa segar seterusnya memperbanyakkan susu disamping boleh slim dan cantik boleh lah klik sini dan sini untuk detail..tq

No comments:

Post a Comment