Wednesday 10 July 2013

Penjagaan Bayi Baru Lahir

Salam dan hai semua..Hari ni saya nak kongsikan sedikit tips yang berguna pada kita semua..terutama bagi bakal-bakal ibu yang akan menerima kehadiran cahaya mata..Jom tengok..



  • Cuci tunggul pusat bayi dan pastikan ia sentiasa bersih dan kering. Tali pusat akan tertanggal dengan sendirinya antara lapan hingga 12 hari selepas kelahirannya.
  • Pada bahagian hidung dan beberapa bahagian tubuh yang lain mungkin terdapat tompok-tompok merah seperti ruam. Jangan bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya.
  • Kebanyakkan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang di hasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
  • Berat badan bayi baru lahir akan turun selepas tiga atau empat hari dia dilahirkan. Walaubagaimanapun , berat badan kembali meningkat selepas dua minggu dilahirkan.
  • Bayi mungkin kelihatan mengerekot dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Jangan risau. Lakukan urutan bayi bagi merangsang tangan dan kakinya berkeadaan lurus.
  • Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami jaundis di antara hari kedua dan ketiga selepas lahir. Jika tidak dipantau , ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Segera bawa bayi untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor bagi memastikan tahap jaundisnya adalah terkawal.
  • Dalam satu bulan pertama, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya.Pastikan sentiasa menyokong kepala dan lehernya.
  • Bayi yang selalu diurut oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Dalam masa yang sama, bayi yang diurut juga tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan.
  • Cuci pakaian bayi yang baru dibeli untuk mengelakkan jangkitan kuman atau bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.
  • Terdapat dua cara untuk sendawakan bayi selepas menyusu. Boleh pilih sama ada dudukkan dia atau letakkan dia diatas bahu kemudian tepuk atau urut belakangnya dengan lembut sehingga sendawa. Langkah ini bagus untuk mengelakkan masalah kembung perut dan terjeluak.
  • Bayi tidur lena jika dibedung. Ini kerana bedung akan mengurangkan daripada terkejut. Jadi tidurnya tidak terganggu. Selepas usianya sebulan, jangan bedung di kaki dan biarkan ia terbuka.
Setakat ini saja perkongsian ilmu tentang penjagaan bayi...Semoga boleh lah dijadikan panduan kepada kita semua..Sekian....


No comments:

Post a Comment