Thursday 22 August 2013

Khasiat Meal Shakes

Assalammualaikum...ok hari ni saya nak ceritakan sedikit pasal khasiat dan kebaikan meal shakes dari shaklee ni...

MEAL SHAKES SHAKLEE SUNGGUH HEBAT:


Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu).

Meal Shakes sesuai untuk semua golongan termasuk bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang  yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh khasiat, pilihlah Meal Shakes...Jom lihat apakah manfaat nye Meal Shakes ini:-

Manfaatnya:-
1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah di serang penyakit serta menguatkan sistem imun
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit bagi kanak-kanak
  • Sebagai cara untuk menambah selera anak 
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein
  • Rasanya yang sedap dan enak

Mari kite tengok testimoni dari pengguna Mealshake

1. Testimoni dari anak Pn. Maziah Ismail yang berumur 4 tahun

Sebelum consume Mealshakes

1. Memang tidak suka makan dan sangat memilih dengan makanan
2. Kuku yang tidak sihat
3. Kuku keras dan pecah-pecah

Selepas sebulan consume Mealshake:-

1.Selera makan meningkat dan bertambah (boleh habiskan roti gardenia 4 keping sekali gus)
2. Tumbuh kuku yang baru dan sihat, kuku yang tidak sihat telah ditolak  keluar..boleh refer gambar di atas hasilnya.


Sebarang pertanyaan bolehlah:

sms:0129630269
email:- fadzilahtul82@gmail.com
ID:906678


Monday 22 July 2013

Wap Nasi Menyegarkan Wajah

Hai semua..ari ni nak share sikit pasal petua..Jom baca..
Petua yang boleh di amalkan antaranya:-

Wap Nasi

Cara2

Apabila nasi yang di tanak hampir masak halakan wajah anda pada permukaan periuk nasi supaya wajah anda terkana wap nasi. Lakukan selama 5 minit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Selain menyegarkan, ia juga dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat pada wajah. Amalkan sekali sehari.

Selamat Mencuba..

Wednesday 10 July 2013

Penjagaan Bayi Baru Lahir

Salam dan hai semua..Hari ni saya nak kongsikan sedikit tips yang berguna pada kita semua..terutama bagi bakal-bakal ibu yang akan menerima kehadiran cahaya mata..Jom tengok..



  • Cuci tunggul pusat bayi dan pastikan ia sentiasa bersih dan kering. Tali pusat akan tertanggal dengan sendirinya antara lapan hingga 12 hari selepas kelahirannya.
  • Pada bahagian hidung dan beberapa bahagian tubuh yang lain mungkin terdapat tompok-tompok merah seperti ruam. Jangan bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya.
  • Kebanyakkan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang di hasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
  • Berat badan bayi baru lahir akan turun selepas tiga atau empat hari dia dilahirkan. Walaubagaimanapun , berat badan kembali meningkat selepas dua minggu dilahirkan.
  • Bayi mungkin kelihatan mengerekot dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Jangan risau. Lakukan urutan bayi bagi merangsang tangan dan kakinya berkeadaan lurus.
  • Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami jaundis di antara hari kedua dan ketiga selepas lahir. Jika tidak dipantau , ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Segera bawa bayi untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor bagi memastikan tahap jaundisnya adalah terkawal.
  • Dalam satu bulan pertama, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya.Pastikan sentiasa menyokong kepala dan lehernya.
  • Bayi yang selalu diurut oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Dalam masa yang sama, bayi yang diurut juga tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan.
  • Cuci pakaian bayi yang baru dibeli untuk mengelakkan jangkitan kuman atau bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.
  • Terdapat dua cara untuk sendawakan bayi selepas menyusu. Boleh pilih sama ada dudukkan dia atau letakkan dia diatas bahu kemudian tepuk atau urut belakangnya dengan lembut sehingga sendawa. Langkah ini bagus untuk mengelakkan masalah kembung perut dan terjeluak.
  • Bayi tidur lena jika dibedung. Ini kerana bedung akan mengurangkan daripada terkejut. Jadi tidurnya tidak terganggu. Selepas usianya sebulan, jangan bedung di kaki dan biarkan ia terbuka.
Setakat ini saja perkongsian ilmu tentang penjagaan bayi...Semoga boleh lah dijadikan panduan kepada kita semua..Sekian....


Testimoni ESP shaklee

Ini adalah testimoni daripada pengguna ESP shaklee

Jadi jika anda berminat untuk mencuba sendiri boleh lah menghubungi saya


fadzilahtul Akmam bt Mohamad Salihuddin
ID;906678
fadzilahtul82@gmail.com
wasap/sms/call : 0129630269

Wednesday 3 July 2013

Testimoni ESP + Vit C + herb lax

Testimoni dari pengguna product Shaklee..


Beliau adalah Pn. Salmeza Salih

Pengguna ESP + Vit C + herb lax:


Sebelum penggunaan:

  • Muka sangat kusam
  • Berbau
  • leher dan ketiak hitam
  • selulit hitam di peha
  • Buasir
Selepas penggunaan:
  • Keyakinan diri bertambah
  • Muka jadi bersih walaupun tidak memakai pencuci muka
  • Kulit muka lebih gebu dan berseri
  • Badan lebih mantap
Untuk pertanyaan:

fadzilahtul akmam
ID:906678
sms/wasap:0129630269
fadzilahtul82@gmail.com

Tuesday 2 July 2013

Testimoni lecithin + herblax

Testimoni dari Pengguna Produk Shaklee  (Set budget Kurus)


Beliau adalah Pn. Azarena Adnan..

Beliau menggunakan produk shaklee lecithin + herblax
Start ambil dari 1/12/12 sehingga 15/1/13
                                                                                 +


Kesan selepas pengambilan:-


  • Turun sebanyak 10kilo
  • Dari size XXL ke size XL
  • Disahkan hamil akibat dari penurunan berat badan.


Dapatkan segera dari









ID 906678
fadzilahtul akmam
sms/wasap:0129630269
fadzilahtul82@gmail.com



Thursday 20 June 2013

Apa itu healing crisis atau Krisis penyembuhan

Pernah kah sesiapa yang consume apa-apa suplemen contohnya shaklee ke ada rasa sakit atau keadaan yang tak selesa..so jangan bimbang ye itu dinamakan krisis penyembuhan..

Salam..
Mai kite baca dengan detail pasal healing crisis ni..manelah tahu kot-kot ada yg terjadi pada kite pas kite ambik suplemen shaklee ni..


Q:APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KRISIS PENYEMBUHAN? 


A:IA MERUPAKAN SATU PROSES BERTERUSAN DALAM BADAN YANG MENGAMBIL MASA UNTUK MEMBERSIH DAN MEMBINA SEMULA SEL-SEL BADAN YANG TELAH ROSAK AKIBAT RADIKAL BEBAS. SEBAHAGIAN DARI PROSES INI AKAN MULA UNTUK MENYINGKIRKAN TOKSIN YANG TELAH SEKIAN LAMA TERKUMPUL DIDALAM BADAN SEPANJANG HIDUP. SEMASA PROSES PENYINGKIRAN TOKSIN, BADAN ANDA AKAN MENGALAMI TANDA ATAU SINTOM YANG MEMBUATKAN RASA TIDAK SELESA, DAN IA DIPANGGIL SEBAGAI KRISIS PENYEMBUHAN. DALAM PERUBATAN CHINA, PENYEMBUHAN TERBAIK SENTIASA DIDAHULUI DENGAN KRISIS PENYEMBUHAN.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: SECARA UMUMNYA, SELEPAS 1-2 BULAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN,ANDA SEPATUTNYA TELAH MERASAI PERBEZAANNYA (CTH. TENAGA BERTAMBAH, PERGERAKAN SISTEM USUS YANG LEBIH BAIK, DLL.) SEKIRANYA TIADA SEBARANG PENINGKATAN, ANDA BERKEMUNGKINAN MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI: 

TIDAK MENGAMALKANNYA SETIAP HARI

TIDAK MENGIKUT DOS YANG TELAH DI CADANGKAN

TAKUT KEPADA KRISIS PENYEMBUHAN, LALU BERHENTI DARI MENGAMBILNYA

PEMAKANAN YANG TIDAK SEMPURNA SERTA MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT

MENGALAMI PENYAKIT KRONIK YANG MEMERLUKAN TEMPOH YANG PANJANG UNTUK SEMBUH

MENGALAMI KEADAAN YANG KRONIK YANG MEMBUAT ANDA HILANG KEYAKINAN DALAM MANA-MANA RAWATAN MAHUPUN MAKANAN TAMBAHAN

MENGALAMI MASALAH EMOSI


Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:


1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala yang melampau
Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
2) Krisis Penyembuhan Demam, tidak cukup rehat 
Penyebab Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
3) Krisis Penyembuhan Ciritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau

Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa 
dalam usus besar 

4) Krisis Penyembuhan Kembung perut   Penyebab Sistem penghadaman yang lemah 

5) Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir 

Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat 

6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak  

Penyebab Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin 

7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung   Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah 

8) Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi   

Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit 

9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian   badan yang bermasalah 

Penyebab Mempercepatkan krisis penyembuhan

10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
  
Penyebab Sistem saraf yang lemah 

11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak 


12) Krisis PenyembuhanLapar, Pening PenyebabTekanan darah rendah, anaemia 

13) Krisis PenyembuhanLoya, sembelit, tersedu   PenyebabSistem hadaman yang lemah, masalah hati 

14) Krisis PenyembuhanEdema (membengkak)  PenyebabMasalah buah pinggangRujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Kredit: supermomndaddy.blogspot.com

For sure pasni korang tidak akan menyalahkan suplemen lagi pasni kan...semoga anda akan meneruskan lagi pemakanan suplemen ni dengan teratur dan berterusan di samping minum air yang mencukupi...Sekian untuk perkongsian ilmu buat kali ini..

Untuk apa-apa pertanyaan just contact saya:

fadzilahtul akmam
0129630269
fadzilahtul82@gmail.com

Khasiat ESP Shaklee

Jom lihat apakah kebaikan dan khasiat ESP




Jom dapatkannye dari saya..

Fadzilahtul Akmam
0129630269
fadzilahtul82@gmail.com
ID:906678

Wednesday 19 June 2013

Penyusuan susu ibu eksklusif


Mari kite lihat fakta-fakta yang menarik mengenai penyusuan susu ibu..

  1. Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap ingin menyusu
  2. kuantiti kolostrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Dia hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.
  3. Semakin kerap payu dara dikosongkan, semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi, kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan pengosongan payu dara.
  4. Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payu dara dikosongkan lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam sama ada dengan menyusukan bayi atau memerah payu dara apabila berjauhan darinya.
  5. Bayi berupaya untuk hidup, satu hingga dua hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya.
  6. Digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam  kerana tahap prolaktin  yang tinggi ketika ini dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu.
  7. Selain daripada hormon prolaktin da oksitosin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu feedback inhibitor of lactation (FIL). Apabila payu dara semakin penuh, kelenjar pituari akan merembeskan hormon FIL sebagai petunjuk untuk memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti.
  8. Perlu berhati-hati semasa mencuci payu dara . Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting. Pencucian yang hanya menggunakan air suam adalah lebih baik.
  9. Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Utamakan dia. Hisapan bayi adalah rangsangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Biarkan die menyusu sepuasnya. Selesai menyusukannya, anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payu dara dapat dikosongkan dengan sebaik-baiknya.
  10. Jika bayi cuma gemar menyusu di sebelah payu dara, pam sebelah lagi payu dara. Hal ini bagi memastikan bahagian berkenaan mendapatkan rangsangan yang sama untuk berterusan menghasilkan susu.
  11. Jika stok susu sedikit, amalkan power pumping setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya, anda perlu mengepam 10 minit-rehat 10 minit - pam 10 minit-rehat 10 minit dan pam 10 minit dalam tempoh masa sejam.
  12. Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi perlu minum air minimum tiga hingga empat liter sehari. Sebaik-baiknya air kosong.
  13. Amalkan zikir Ya Matin, 70 kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga bacakan zikir itu dan hembus ke dalam segelas air sebelum diminum.
  14. Sebelum tamat tempoh cuti bersalin, perlu mengajar bayi menyusu susu ibu menggunakan kaedah alternatif selepas usianya 50 hari. tidak boleh menyusukannya sendiri tetapi minta bantuan orang lain seperti ayah atau nenek kepada bayi untuk melakukannya.
Sumber: Shahrina Azlin Abdullah dan Intan Jastina Jamaludin

Rasanya dah banyak info-info dan tips menarik yang boleh dikongsi di dalam kita memberi penyusuan susu ibu dengan jayanya..Insyaallah..apa yang penting niat kita yang ikhlas..kemudian sentiasa bersabar di dalam penyusuan kepada bayi kite..Apa yang penting di sini adalah kita mestilah sentiasa sihat dan ceria, juga sentiasa mempunyai tenaga sepanjang proses penyusuan berlangsung tidak kira sama ada sewaktu pum atau directfeeding..Apabila kita sihat dan bertenaga susu pun akan turut terhasil dengan banyak dan akan mengenyangkan bayi seterusnya bayi tidak akan banyak meragam..Jika sesiapa perlukan suplemen untuk menambah tenaga dan mahukan sentiasa segar seterusnya memperbanyakkan susu disamping boleh slim dan cantik boleh lah klik sini dan sini untuk detail..tq

Rania 3 Month

Rania skrg dh 3 bulan lebih..dh mcm-mcm pandai..seronok tgk perkembangan anak depan mata ni..lagi best kalau dapat menjaga anak full time..bile agaknye boleh benti keje ni...ceh berangan..he3..insyaallah suatu hari nnti..Ari ni just nak share gambar2 Rania bersama familynye..Jom tengok




Seronok sangat tu dapat jalan-jalan..

ok itu saje untuk kali ini..

Kebaikan Ostematrik

Salam...Ari ni nak cite sikit kebaikan ostematrik dari shaklee kepada semua setelah saya dan suami consume ostematrik ni..memang menakjubkan..terima kasih kepada Ainul Mustafa kerana memperkenalkan oste ni kepada saya..walaupun baru consume hanya 2 minggu lebih saya dan suami memang dah dapat rasa kesan kebaikannye..memang syok..jom saya share disini..

Paling best apabila nak tido tu mmg mudah sgt..letak kepala je terus lena..klu dulu sush sgt nak tido lena ni..pastu bangun pagi memang rasa fresh and ceria je..Jauh sangat berbeza sebelum consume ostematrik ni..dulu selalu cepat rasa letih dan penat..kalau nak bangun pagi tu memang susah sangat, pastu lesu je apabila sampai di opis tu..skrg sy lebih bersemngat kerja tau..yang bestnye saya mcm ada kekuatan untuk bangun di tengah malam..klu dulu jgn haraplh..berangan je lebih.sedar2 dh pagi.pastu sush ngat nak bangun tu..

Suami saya plak sebelum consume ostematrik ni selalu mengadu dengan saya sakit pinggang dengan belakang apabila bangun tido..pastu die selalu cepat letih..plak2 kalau drive jauh2..skrg drive jauh-jauh pun bile sampai boleh buat mcm-mcm lagi..kalau tak sure terbongkang keletihan..bgusnye suplemen ni..skrg sakit pinggang dan belakang die dh xde lagi..sy dh xde dengar keluhan dari die lagi..alhamdulilah..terima kasih shaklee..semenjak dari tu die xpernah miss makan ostematrik ni lagi..I love shaklee...


Jadi kalau lah ada yang berminat nak beli boleh lah dapatkan nye dari saya..


Saya adalah pengedar shaklee yang sah: ID 906678..

Insyaallah saya akan bantu anda..yang penting ada kepercayaan..Sekian...

Fadzilahtul Akmam
0129630269
fadzilahtul82@gmail.com



Thursday 13 June 2013

Makanan untuk otak

Setiap ibu bapa  tentu mahukan anak-anak mereka membesar sebagai seorang yang bijak dan cergas. Salah satu cara untuk membantu perkembangan otak anak-anak dari kecil adalah melalui makanan yang diambil. Mari kita lihat apakah makanan yang dapat membantu anak-anak menjadi bijak dan sihat.

1. Ikan berminyak

  • Ikan seperti salmon, tuna, sardin dan makeral kaya dengan asid lemak yang dikenali sebagai Omega 3. Ia merupakan komponen lemak penting untuk meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak. Ia sangat bagus untuk minda anak-anak.
2. Sayur-sayuran hijau
  • Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli penuh dengan antioksidan, vitamin c dan beta karotena. Vitamin dan mineral tersebut dapat membantu menjaga kesihatan badan dan otak si kecil anda. Ia juga membantu mempertingkatkan daya ingatan mereka.
3. Telur
  • Telur merupakan makanan yang penuh nutrisi. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam telur sangat penting untuk fungsi otak manusia. Kuning telur khususnya mengandungi Choline yang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.
4. Buah beri
  • Buah-buah beri seperti strawberi, bluberi, ceri mengandungi antioksida yang sangat tinggi. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Buah-buahan  beri juga tinggi serat dan dapat meningkatkan keupayaan belajar dan kemahiran motor kanak-kanak. Jika diambil secara konsisten ia akan dapat memperbaiki daya ingatan kanak-kanak.
5. Kekacang
  • Kekacang mengandungi banyak khasiat yang baik untuk  kanak-kanak. Ia tinggi protein, tinggi fiber dan kaya dengan lemak yang baik. Ia juga mengandungi vitamin E yang penting untuk fungsi kognitif dalam badan. Dengan memakan kekacang ia dapat memberikan tenaga kepada pemikiran manusia.
6. Susu segar
  • Susu sememangnya bagus untuk pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak. Susu segar yang di minum oleh kanak-kanak mengandungi tiga bahan semulajadi iaitu keju, lemak dan air. Bahan-bahan ini penting untuk perkembangan otak dan badan. Kanak-kanak yang minum susu secara konsisten dapat mempertajamkan ingatan dan juga membekalkan tenaga untuk keperluan harian mereka.
7. Oat
  • Oat merupakan bijirin yang baik untuk otak. Oat mengandungi serat, protein dan juga Omega 3 yang baik untuk otak dan membekalkan tenaga untuk si kecil anda sepanjang hari. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat.
8. Coklat
  • Sekeping coklat mampu meningkatkan IQ anda. Coklat hitam kaya dengan flavonoid yang akan meningkatkan kemampuan manusia berfikir. Flavonoid dikatakan dapat menggalakkan pembentukan sel saraf baru pada otak yang meningkatkan kemampuan menyimpan ingatan dan juga meningkatkan aliran darah ke otak.
9. Kubis 
  • Semua jenis kubis baik untuk otak kerana ia merupakan agen anti-penuaan untuk otak manusia.
10. Buah Delima
  • Seperti juga buah-buahan beri, buah delima mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dan baik untuk otak manusia.
Sumber: Shahrina Azlin Abdullah

Setakat ari ni saje perkongsian ilmu pada hari ini..kite sambung lagi 10 makanan lain pada coretan yang berikutnye..Sekian..

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.
Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

Faedah untuk Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga)
Untuk detail leh lah klik sini sama-samalah kita berkongsi ilmu..

Tingkatkan pengeluaran susu menjelang bulan puasa

cara nak tambah stok susu badan menjelang bulan puasa

assalamualaikum
bulan ramadhan kian menjelma..
macam mana nak tambah stok susu semasa berpuasa?
insyaallah dengan bantuan supplement set menyusu shaklee:)


set lengkap terdiri daripada..

Mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium). Keistimewaanya adalah set ini dilengkapkan dengan ESP - Soy Protien Shaklee yang manfaat kepada ibu menyusu dan bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku).

Set vitamin ibu menyusu (Triple M) ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan.

Manfaat set Triple M(3M) ini juga adalah dapat memperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang tinggi kepada ibu dan anak.


Bagaimana Menjayakan Penyusuan
Sekiranya anda mengambil mana-mana set vitamin ibu menyusu ini maka bersedialah untuk lebihkan kekerapan mengepam setiap 2-3 jam kerana tanpa kekerapan mengepam dan menyusukan maka tiada gunanya kita mengambil vitamin ibu menyusu ini.

Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Sumber: It' my life blog..

Photo: SET LENGKAP MENYUSU SHAKLEE




Mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium). Keistimewaanya adalah set ini dilengkapkan dengan ESP - Soy Protien Shaklee yang manfaat kepada ibu menyusu dan bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku). 

Set vitamin ibu menyusu (Triple M) ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan. 

Manfaat set Triple M(3M) ini juga adalah dapat memperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang tinggi kepada ibu dan anak. 


Bagaimana Menjayakan Penyusuan
Sekiranya anda mengambil mana-mana set vitamin ibu menyusu ini maka bersedialah untuk lebihkan kekerapan mengepam setiap 2-3 jam kerana tanpa kekerapan mengepam dan menyusukan maka tiada gunanya kita mengambil vitamin ibu menyusu ini.

Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan  pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.


PM saya untuk order:)

untuk sebarang pertanyaan:

I'm Shaklee Distributor

Saya adalah pengedar sah shaklee (id 906678)

Fadzilahtul Akmam Bt Mohamad Salihuddin
0129630269
fadzilahtul82@gmail.com

Tuesday 11 June 2013

Teknik Asuh Anak Pintar


Salam..Ari  ni nak share sikit cmne teknik-teknik asuhan agar anak pintar..mari kite sama-sama berkongsi ilmu supaya kite boleh mengaplikasikannye kepada anak-anak kite..saya pasti semua ibu bapa inginkan anak yang pintarkan..Jom kite tengok..

1. Ketika hamil banyakkan membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian. Baca lah surah-surah ini terutamanya pada waktu lapang.

2. Pilih nama yang baik untuk anak dan panggil anak dengan nama penuh kerana ia mempunyai kaitan dengan pintu rezekinya.

3.  Anda sendiri dan anak seharusnya membiasakan diri memakan makanan sunnah seperti madu lebah, bijirin, halia, kismis, kurma, susu kambing segar, badam dan banyak lagi.

4. Amalan pemakanan seimbang penting bagi membantu tumbesaran anak. Jadi dedahkan dia dengan makanan berkhasiat sejak dari kecil.

5. Selain menjaga pemakanan sihat, amalkan cara hidup cergas dengan bersukan.  Apabila badan cergas, otak pun cerdas.

6. Praktik teknik posisi semasa belajar yang betul. Belajar secara duduk tegak lebih baik daripada berbaring atau bersandar.

7. Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak sejak bayi lagi. Latih dia mengenal benda-benda di dalam  kad imbasan setiap hari. Namun jangan lebih daripada 15 minit setiap kali.

8. Dedahkan anak dengan cakera padat yang mengandungi program pendidikan.  Biarpun dia leka menonton program yang ditayangkan, sedikit sebanyak ada ilmu yang dapat ditimbanya.

9. Penting untuk anda pastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat dan baik untuk otak mereka. Makanan seperti telur, kekacang, ikan dan banyak lagi baik untuk perkembangan otak mereka.

10. Jadi kreatif ketika mengajar anak-anak anda. Pelbagaikan cara pembelajaran supaya mereka tidak bosan dan fokus dengan apa yang anda ajar.

11. Dedahkan anak-anak dengan muzik. Muzik dikatakan dapat merangsang pertumbuhan otak kanan manusia. Ajarkan mereka bermain piano, gitar dan sebagainya untuk merangsang lagi pertumbuhan otaknya.

12. Jadikan membaca satu rutin anda dan keluarga. Dengan membaca bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan perkembangan kognitif anak, malah ia juga dapat membantu dia dari segi perbendaharaan kata yang baru.

13. Hadkan waktu menonton televisyen dan penggunaan gajet kepada anak-anak supaya mereka tidak terlalu leka dan malas untuk belajar.

14. Sokong  minat anak dengan membenarkan mereka mengikuti aktiviti yang dia sukai. Mengikuti kelas balet misalnya atau masuk kelas tekwando. Badan yang sihat membuatkan otak mereka cerdas.

15. Cegah anak daripada tidur di siang hari kerana ia boleh menyebabkan mereka berasa malas kecuali mereka terlalu penat.  Amalkan waktu tidur yang awal supaya mereka boleh bangun awal dan bertenaga pada keesokan hari.

Itu saja teknik yang dapat saya kongsikan buat tatapan pembaca sekalian..Mudah-mudahan ia amat berguna pada kite semua dalam mendidik anak-anak..insyaallah..Sekian....

Mengimbau kenangan

Kenangan bersama kakak sewaktu kakak kecik2 dulu..

kakak sofia




kakak mmg suka posing2 ni

mai lah papa n mama naik sekali

comei tak..

sekian..jumpa lagi..